≡ Menu

Daun Ketapang, Indian Almond Leaves, Terminalia Catappa

Daun Ketapang, Indian Almond Leaves, Terminalia Catappa

DAUN KETAPANG, INDIAN ALMOND LEAVES, TERMINALIA CATAPPA

Daun Ketapang Kering (Indian Almond Leaves / Terminalia Catappa) adalah daun yang sesuai untuk arowana dan betta fish kerana air rendaman daun  ini boleh merawat luka-luka pada ikan, mengurangkan stress ikan, merangsang pembiakan ikan & mengembalikan ikan kepada keadaan asal semulajadi airnya yang lebih gelap. Daun ini juga untuk kebaikan bagi mengawal PH value air agar ikan kekal sihat dan bebas dari penyakit.

KELEBIHAN DAUN KETAPANG (INDIAN ALMOND LEAVES / TERMINALIA CATAPPA)

  1. Turunkan pH air beralkali.
  2. Menyingkirkan bakteria dan bahan kimia berbahaya.
  3. Menyerap logam ferum dan mangan.
  4. Menciptakan kondisi air yang sesuai bagi ikan peliharaan.
  5. Menambah selera makan ikan.
  6. Mengatasi masalah stress pada ikan.

Daun ketapang kering bila direndam dalam air akan membentuk larutan asam organik seperti humik dan tanin. Ia akan menurunkan pH air, menyerap logam ferum dan mangan serta menciptakan kondisi air yang sesuai bagi ikan / udang peliharaan seolah seperti habitat asal di sungai atau paya. Asid yang dikeluarkan oleh daun berupaya membunuh bakteria dalam akuarium.

CARA PENGGUNAAN DAUN KETAPANG (INDIAN ALMOND LEAVES / TERMINALIA CATAPPA)

Daun Ketapang Indian Almond Leaves Terminalia Catappa Aquarium

Bilas daun ketapang sebelum direndam ke tangki tapisan akuarium. Selepas 1-2 hari daun akan tenggelam. Ia menghasilkan pewarna keperangan dan merubah warna air. Pewarna ini mengandungi asid tanik dan bahan organik asli bagi persekitaran peliharaan ikan. Alihkan daun selepas 10 hari digunakan. Cadangan 1-5 helai daun untuk 20 liter air.

RAWATAN MATA BERSELAPUT & SIRIP EKOR REPUT

  1. Rendam daun sehingga air berwarna coklat.
  2. Biarkan air berkenaan sehingga 5-7 hari.
  3. Buangkan air berkenaan 2/3 bahagian.
  4. Masukkan garam kasar sebagai SPA untuk ikan.
  5. Biarkan 15-30 minit supaya organisma dalam air & badan ikan dihapuskan.
  6. Buang seberapa banyak air yang boleh dan gantikan dengan air baru.
  7. Rendamkan daun sehingga coklat cair.
  8. Keluarkan daun.
  9. Biarkan air berkenaan sehingga bertukar semula ke putih jernih.

Saiz Daun Ketapang Indian Almond Leaves Terminalia Catappa

Saiz daun Gred A (7-10 inci)

Kami ada menjual Daun Ketapang Kering dengan harga yang berpatutan. Klik di sini untuk membeli Daun Ketapang.

BACAAN SETERUSNYA

Daun Ketapang Untuk Betta Fish / Ikan Laga Pokok ketapang memang tidak asing di Malaysia. Pokok ketapang ini hampir ada di mana-mana sahaja, mungkin anda tidak perasan. Orang dulu-dulu meng...
Daun Ketapang Untuk Lobster Air Tawar Daun Ketapang Untuk Lobster Air Tawar - Daun ketapang atau Indian Almond Leaves berupaya mengawal ph air dari naik lebih dari ph8 dan juga menjadi...
Daun Ketapang Untuk Ikan Arowana Daun ketapang (Indian Almond Leaves) ataupun nama saintifiknya "terminalia catappa" amat berguna di dalam dunia menternak ikan arowana. Faedahnya ...