≡ Menu

Daun Ketapang Untuk Betta Fish / Ikan Laga

Daun Ketapang Untuk Betta Fish Ikan Laga

Pokok ketapang memang tidak asing di Malaysia. Pokok ketapang ini hampir ada di mana-mana sahaja, mungkin anda tidak perasan. Orang dulu-dulu mengunakan pokok ketapang ini sebagai tempat berteduh kerana daun ketapang sangat lebar. Nama saintifik untuk pokok ketapang dipanggil Terminalia Catappa

Apa kaitannya dengan Betta Fish / Ikan Laga?

Daun ketapang (Indian Almond Leaves) ini sudah digunakan sejak turun-temurun oleh kebanyakan penternak Betta Fish / Ikan Laga dan dipercayai mampu memberi tenaga luar biasa yang mana-mana haiwan tidak boleh peroleh. Air rendaman daun ketapang ini memang cukup bagus untuk Betta Fish / Ikan Laga kerana manfaat dari air rendamannya mampu memberi tenaga dalam amsa yang sama mengurangkan stress Betta Fish / Ikan Laga. Alhamdulillah, daun ketapang ini memang tidak asing lagi di Malaysia serta mudah didapati, malah masyarakat luar negara berpusu pusu ingin mendapatkan daun ketapang untuk ikan laga mereka tambahan iklim negara tertentu tidak mengizinkan tumbuhan ini tumbuh bebas.

Daun ketapang (Indian Almond Leaves) mengandungi asid Humin dan Tunnin yang boleh mengurangkan nilai ph atau asid dalam air. Namun daun ketapang yang dipilih mestilah yang sudah kering kerana hanya yang kering boleh memberi air rendaman optimum untuk Betta Fish / Ikan Laga. Daun ketapang ini bukan sahaja boleh merawat luka-luka pada Betta Fish / Ikan Laga malah juga boleh memberi tenaga untuk Betta Fish / Ikan Laga yang murung mahupun untuk pengawanan. Air rendaman daun ketapang ini berwarna agak coklat pudar.

Daun ketapang adalah alternatif terbaik untuk Betta Fish / Ikan Laga bagi menggantikan blackwater. Daun ketapang mempunyai bentuk yang lebar dan besar. Daun ketapang bukan sahaja digunakan untuk Betta Fish / Ikan Laga malah daun ketapang ini juga digunakan oleh penternak untuk ikan arowana, ikan ikan koi dan banyak lagi ikan yang kebanyakkan ikan air tawar, antara manfaat lain daun ketapang ini mampu bertindak sebagai pembunuh bakteria yang boleh mendatangkan penyakit-penyakit buruk kepada ikan.

Antara manfaat daun ketapang untuk Betta Fish / Ikan Laga

  1. Daun ketapang mampu menurunkan nilai Ph/Asid dalam air yang beralkali
  2. Bertindak sebagai pembunuh bakteria yang boleh mendatangkan penyakit kepada Betta Fish / Ikan Laga.
  3. Merawat luka-luka pada Betta Fish / Ikan Laga.
  4. Mencegah Betta Fish / Ikan Laga dari terkena penyakit.
  5. Mengoptimum kesihatan Betta Fish / Ikan Laga.
  6. Merangsang pembentukan buih oleh Betta Fish / Ikan Laga jantan ketika mengawan serta menggersangkan lagi Betta Fish / Ikan Laga ketika mengawan.
  7. Menyerap serta menyahtoksidkan bahan-bahan kimia yg terdapat dalam air seperti logam berat (tembaga, zink, aluminium, kadmium).
  8. Memastikan Betta Fish / Ikan Laga sentiasa kekal aktif dan sihat.
  9. Mencegah fry/anak ikan baru dari terkena penyakit.
  10. Betta Fish / Ikan Laga akan berasa seperti di habitat semulajadinya yang gelap.
  11. Menggalak pertumbuhan ekor Betta Fish / Ikan Laga yang cantik serta memulihkan sirip, ekor dan kulit yang rosak.
  12. Mengurangkan stres/murung Betta Fish / Ikan Laga.
  13. Suatu keadaan yang nyaman dan selesa untuk Betta Fish / Ikan Laga.

Perhatian/Amaran

  • Penggunaan berlebihan daun ketapang boleh menyebabkan nilai Ph air tidak stabil disamping dapat membahayakan nyawa Betta Fish / Ikan Laga.
  • Daun ketapang yang dipilih mestilah daun yang bersih dan kering. Daun ketapang yang belum sepenuhnya kering tidak mendatangkan manfaat malah boleh memberi keburukan kepada Betta Fish / Ikan Laga.

Cara Penggunaan Daun Ketapang Untuk Betta Fish / Ikan Laga

  1. Sekeping daun ketapang yang kering direndam ke dalam bekas/akuarium.
  2. Kepingan daun ketapang tersebut boleh dibiar atau dialihkan setelah air bertukar kekuningan bertujuan memberi ruang untuk Betta Fish / Ikan Laga bergerak.
  3. Untuk penggunaan yang sedikit daun ketapang tersebut boleh dipotong menjadi beberapa keping. 2-3 kepingan yang dipotong sudah cukup memadai untuk menukarkan warna air kepada kekuningan.
  4. Boleh digunakan ketika Betta Fish / Ikan Laga sakit atau stres.
  5. Juga boleh digunakan untuk Betta Fish / Ikan Laga yang sihat bagi mencegah daripada terkena penyakit disamping membereri tenaga sampingan (untuk mengawan).
  6. Daun ketapang ditukar 1-2 minggu sekali.
Kami ada menjual Daun Ketapang Kering dengan harga yang berpatutan. Klik di sini untuk membeli Daun Ketapang.

BACAAN SETERUSNYA

Daun Ketapang Untuk Ikan Arowana Daun ketapang (Indian Almond Leaves) ataupun nama saintifiknya "terminalia catappa" amat berguna di dalam dunia menternak ikan arowana. Faedahnya ...
Daun Ketapang, Indian Almond Leaves, Terminalia Ca... DAUN KETAPANG, INDIAN ALMOND LEAVES, TERMINALIA CATAPPA Daun Ketapang Kering (Indian Almond Leaves / Terminalia Catappa) adalah daun yang sesua...
Daun Ketapang Untuk Lobster Air Tawar Daun Ketapang Untuk Lobster Air Tawar - Daun ketapang atau Indian Almond Leaves berupaya mengawal ph air dari naik lebih dari ph8 dan juga menjadi...