≡ Menu

Daun Ketapang Untuk Ikan Arowana

Daun Ketapang Untuk Ikan Arowana

Daun ketapang (Indian Almond Leaves) ataupun nama saintifiknya “terminalia catappa” amat berguna di dalam dunia menternak ikan arowana. Faedahnya yang pelbagai membuatkan terdapatnya individu tertentu yang manjadi pembekal tetap di dalam industri ini. Daun ketapang kering yang keguguran biasanya akan meghasilkan warna coklat pekat apabila bercampur dengan air. Larutan ini di penuhi dengan asam organik seperti tanin dan humic. Bahan organik inilah yang akan bertindak balas untuk menurunkan PH air, menyerap bahan kimia berbahaya dan seterusnya menimbulkan persekitaran yang selesa untuk ikan arowana.

Namun begitu, kehadiran daun ketapang yang sangat banyak bakal menimbulkan kemudaratan kepada arowana anda kerana daun-daun ini akan menyebabkan PH akuarium atau kolam anda menurun secara mendadak dan keadaan ini boleh menyebabkan kematian arowana apabila PH air kurang dari 6.8. Oleh itu, kuantiti daun ketapang perlu di sesuaikan dengan PH air yang diduduki ikan arowana anda. Kualiti air yang baik adalah berada pada PH 6.8-7.5. Manakala suhu yang ideal ialah 27C-29C. Ramai yang berpendapat fungsi daun ketapang ini sama sahaja seperti “black water” yang banyak terdapat di pasaran. Kesimpulannya, daun ketapang ini sangat sesuai untuk menghilangkan “stress” ikan arowana anda.

Petua Ikan Arowana Sihat Dengan Daun Ketapang

Daun Ketapang Untuk Ikan Arowana Crossback

Jika ikan peliharaan seperti Arowana, Guppy, Betta, Tetra, Gourami, Apistos ‘tidak sihat’ seperti luka atau sisik reput, masukkan sehelai daun ketapang. Daun ketapang adalah sumber perubatan kepada ikan atas sebab:

  • Turunkan pH air beralkali.
  • Menyingkirkan bacteria dan bahan kimia berbahaya.
  • Menyerap logam ferum dan mangan.
  • Menciptakan kondisi air nyaman bagi ikan arowana peliharaan.

Daun ketapang kering bila direndam dalam air akan membentuk larutan asam organik seperti humic dan tanin. Daun ketapang akan menurunkan pH air, menyerap logam ferum dan mangan serta menciptakan kondisi air yang nyaman bagi ikan / lobster air tawar peliharaan seolah seperti habitat asal di sungai atau paya. Asid yang dikeluarkan oleh daun ketapang berupaya membunuh bacteria dalam akuarium.

Aturan

Bilas daun ketapang (Indian Almond Leaves) sebelum direndam ke tangki tapisan akuarium. Selepas 1-2 hari daun ketapang akan tenggelam. Daun ketapang menghasilkan pewarna keperangan dan merubah warna air. Pewarna dari daun ketapang ini mengandungi asid tanik dan bahan organik asli bagi persekitaran peliharaan ikan arowana. Alihkan daun ketapang selepas 10 hari digunakan. Cadangan 1 helai daun ketapang untuk 20 liter air.

Blackwater

Rebus daun ketapang bagi menghasilkan pati blackwater dan gunakan bila perlu. Blackwater juga boleh terhasil dari rendaman daun ketapang selama 10 hari.

Kami ada menjual Daun Ketapang Kering dengan harga yang berpatutan. Klik di sini untuk membeli Daun Ketapang.

BACAAN SETERUSNYA

Daun Ketapang Untuk Betta Fish / Ikan Laga Pokok ketapang memang tidak asing di Malaysia. Pokok ketapang ini hampir ada di mana-mana sahaja, mungkin anda tidak perasan. Orang dulu-dulu meng...
Daun Ketapang, Indian Almond Leaves, Terminalia Ca... DAUN KETAPANG, INDIAN ALMOND LEAVES, TERMINALIA CATAPPA Daun Ketapang Kering (Indian Almond Leaves / Terminalia Catappa) adalah daun yang sesua...
Daun Ketapang Untuk Lobster Air Tawar Daun Ketapang Untuk Lobster Air Tawar - Daun ketapang atau Indian Almond Leaves berupaya mengawal ph air dari naik lebih dari ph8 dan juga menjadi...