≡ Menu

Daun Ketapang Untuk Lobster Air Tawar

Daun Ketapang Untuk Lobster Air Tawar

Daun Ketapang Untuk Lobster Air Tawar – Daun ketapang atau Indian Almond Leaves berupaya mengawal ph air dari naik lebih dari ph8 dan juga menjadi makanan sampingan kepada lobster air tawar dan arang pula akan membuatkan air tangki @ kolam menjadi jernih. Arang dan daun ketapang juga boleh digunakan sebagai pembasmi ammonia yang menyebabkan air menjadi kurang oksigen.

KELEBIHAN DAUN KETAPANG

  1. Turunkan pH air beralkali.
  2. Menyingkirkan bakteria dan bahan kimia berbahaya.
  3. Menyerap logam ferum dan mangan.
  4. Menciptakan kondisi air yang sesuai bagi lobster air tawar.
  5. Menambah selera makan lobster air tawar.
  6. Mengatasi masalah stress pada lobster air tawar.

Daun ketapang kering bila direndam dalam air akan membentuk larutan asam organik seperti humik dan tanin. Ia akan menurunkan pH air, menyerap logam ferum dan mangan serta menciptakan kondisi air yang sesuai bagi lobster air tawar seolah seperti habitat asal di sungai atau paya. Asid yang dikeluarkan oleh daun ketapang berupaya membunuh bakteria dalam akuarium.

CARA PENGGUNAAN DAUN KETAPANG

Bilas daun ketapang (Indian Almond Leaves) sebelum direndam ke tangki tapisan akuarium. Selepas 1-2 hari daun ketapang akan tenggelam. Ia menghasilkan pewarna keperangan dan merubah warna air. Pewarna ini mengandungi asid tanik dan bahan organik asli bagi persekitaran peliharaan lobster air tawar. Alihkan daun ketapang selepas 10 hari digunakan. Cadangan 1-5 helai daun ketapang untuk 20 liter air.

Kami ada menjual Daun Ketapang Kering dengan harga yang berpatutan. Klik di sini untuk membeli Daun Ketapang.

BACAAN SETERUSNYA

Daun Ketapang, Indian Almond Leaves, Terminalia Ca... DAUN KETAPANG, INDIAN ALMOND LEAVES, TERMINALIA CATAPPA Daun Ketapang Kering (Indian Almond Leaves / Terminalia Catappa) adalah daun yang sesua...
Daun Ketapang Untuk Ikan Arowana Daun ketapang (Indian Almond Leaves) ataupun nama saintifiknya "terminalia catappa" amat berguna di dalam dunia menternak ikan arowana. Faedahnya ...
Daun Ketapang Untuk Betta Fish / Ikan Laga Pokok ketapang memang tidak asing di Malaysia. Pokok ketapang ini hampir ada di mana-mana sahaja, mungkin anda tidak perasan. Orang dulu-dulu meng...